Bermula dengan berlari......macam-macam lari, lari dari rumah, berlari-lari anak, joging kemudian rajin ikut acara larian. Dah banyak acara larian aku masuk.
Sampailah sorang kawan aku ni Nafarul Azian ajak try naik beskel pulak. Ramai kawan-kawan yang lain dok naik beskel. Sebelum ni bukan tak biasa. Masa sekolah dulu, hari2 berulang naik beskel. Tapi itu dulu. Dah berbelas tahun berlalu. Pakat punya pakat kami bertiga setuju beli beskel jenis MTB. Aku memilih sebuah beskel jenama XDS....... harganya RM 850....puh rasa dah mahai dah. Selama ni paling mahai RM 180 beli beskel untuk anak. Itu pun pikir panjang juga. Tanpa sebarang modified, kami memulakan perjalanan pertama dengan memusing-musing kawasan sekitar tempat tinggal. Mula-mula dekat dulu....koi lama koi jauh. Kayuh santai dulu, itupun dah tercungap-cungap bukan main bila mula kayuh mendaki.
![]() | |
| nilah 1st basikalku, memberi khidmat yg memuaskan setakat ini |
Bila dah puas meneroka kawasan terdekat, timbul keinginan nak merasa gelanggang orang pula. 1st merantau, kami bertiga join UTAR Charity Fun Ride di Kampar. Merasa keseronokan kayuh beramai-ramai. Berkenalan dengan rider-rider yang hebat2. Mengorek ilmu kebasikalan dari mereka. Semangat semakin berkobar-kobar. 2nd daftar masuk Jamboree di Batang Kali anjuran Kolej Komuniti. Kali ni cuma berdua. Malangnya malam tu ada kerja oncall. Tak sempat nak berehat, sebelum subuh dah bertolak ke lokasi. Biarpun begitu keterujaan mengatasi ngantuk dan penat. Kayuh tetap kayuh. Aku berjaya menamatkan kayuhan dengan kedudukan 172. Si Azian kekejangan di penghujung jalan......tapi finisher medal tetap dapat.
![]() |
| ahli asal |

