Rabu, 20 Mei 2015

CABARAN TWITTER SUTAMA MTB JAMBORACE 2.0

 
   
      Lama sudah tak bersiaran, bukan gantung basikal, apalagi membina perut, cuma jari jemari malas menari di atas keyboard. Kayuhan demi kayuhan tetap berjalan dengan giatnya. Ahli team juga semakin bertambah. Apalagi jentera besi semakin dahsyat upgradenya, seiring dengan kepoweran kayuhan.

 Event Jamboree di kejiranan menjadi tumpuan kali ini. Dengan reputasi besar, status terkini yang sentiasa diupdate, kehebohan yang meluas di media sosial menimbulkan keterujaan dan debaran menanti hari kejadian. Kali ini Team Gerek Cikai mendaftar 14 rider untuk mengharungi pelbagai cabaran dalam pelbagai kategori jamboree.




          Persiapan rapi yang dilakukan sebahagian ahli. Terserlah keinginan yang begitu tinggi menanti detik debaran.
   Ada yang dah siap gantung basikal kat kereta. Mujur bangun pagi tak hilang.
Oleh kerana jarak lokasi yang dekat, maka semua ahli team bergerak sendiri mengikut kesesuaian masa. Ada yang sampai lebih awal siap park basikal di awal garisan. Tak kurang juga isi perut dulu di restoran sekitar. Itu penting boi, tak da tenaga nak kayuh nanti. Janji sampai. Malangnya temujanji untuk bergambar beramai-ramai sebelum berlepas terpaksa dibatalkan, tak cukup korum. Masing2 tak ketahuan di mana kedudukan. Cadangnya lepas kayuh la pula. Akhirnya janji tinggal janji.....apa pun tak boleh.















Tambah kapsyen

gelaran raja selfie kali ini dimenangi oleh abang Borhan




mana yang lain ni, janji nak ambik gambar .....hampeh
      
      Debaran menanti flag off di antara ribuan peserta, dengan target peribadi yang berbeza. Harapan untuk berada kedudukan terbaik, top 100 sekurang-kurangnya. Atau sekadar menamatkan laluan yang disediakan aka kayuhan santai cuma. Sudah pasti cabaran yang disediakan akan dilalui oleh semua rider. Apa barang setakat daki bukit.....mai la bukit penat ka bukit babi ka.....tarak hal lah. Semua kaki climbing punya mari.
Ahli Gerek Cikai sedang beraksi......wow


    Berbagai aksi ahli team dalam trail dapat disaksikan, lebih menarik ketika di teknikal trek.....terbukti kemahiran masing2 melayan laluan dengan gaya keunggulan yang tersembunyi selama ini.....hahaha......

rider harapan

otai seiringan

ini gaya paling selamat

turun ke naik tak tau..

berjaya melepasi

tak habis lagi menolak

tolak juga....
        Apa yang penting apabila berjaya menamatkan cabaran dan melintasi garisan penamat. Tahniah buat semua. Walaupun ada yang sampai dalam kuyup ditimpa hujan lebat......syok la dapat main hujan.


penat ke bang? Cepat sampainya...hehehe


rider sedang meningkat naik


lambat sangat tunggu yang lain....kita balik mandi dulu la...

Ketibaan dalam hujan......




peserta muda harapan gerek cikai

  
         Sekalung tahniah kepada penganjur yang berjaya mengendalikan acara dengan baik dari pelbagai segi biarpun dengan jumlah penyertaan yang sangat ramai. Insyaallah lain tahun Gerek Cikai akan sertai lagi.