Seperti dijanjikan, coretan kayuhan minggu ini di Kolej Komuniti Batang Kali. Ada sejarah dan kenangan peribadi terukir di sini. Pertama kali terlibat dalam event Jamboree MTB bermula tahun 2013, Jamboree KKHS merupakan jamboree yang pertama kali disertai. Berdua bersama pengasas bersama Gerek Cikai, Nafarul Azian Speedgear. Masa tu masih malu2 kucing lagi. Dengan jentera pagar besi XDS diperkuatkan shimano altus 24 gear.... agak segan menonjolkan diri. Kurang keyakinan agaknya. Tapi bila berada di dalam trail bersama pengayuh lain, rupanya semua itu seolah tiada perbezaan ketara.....kekuatan stamina dan kaki juga menjadi penentu. Perjalanan menempuh segala cabaran dan bentuk muka bumi berjaya dilalui dengan lancar dan tiada sebarang masalah. Cuma kesian kawan sorang tu, kaki krem di 10 km terakhir....terpaksa pi kutip naik van....puiiih...Pengalaman pertama itu masih segar dalam ingatan dan nikmatnya masih terasa .....itulah menjadi titik permulaan keghairahan penuh syahwat dunia MTB.
 |
| edisi 2013. jumlah peserta 300 lebih |
Setelah 3 edisi berlalu, kini ku kembali semula bersama pelumba harapan GCCT.... Toriq aka Kuda Pantas.
Belum dikenali tanpa jersi rasmi.
Rasanya jumlah peserta kali ini kurang sedikit dari edisi 2013. Mungkin kerana jumlah kategori yang dipertandingkan agak kurang. Laluan yang disediakan juga berbeza dari segi susunan dan beberapa laluan baru. Namun yang menariknya team2 dari kuang banyak menyertainya. Didahului dengan team ELBEE, Laguna Biru dan SKMTB.
Mode kayuhan santai kali ini.
Permulaan berjalan dengan lancar. Memasuki offroad juga tiada masalah kesesakan. Mungkin kerana peserta tidak terlalu ramai.
Banyak kali melintasi laluan air sungai dan melintas titi kayu buatan sementara dan jambatan bosi dan konkrit. Banyak sungguh sungai kat Hulu Selangor ni.
 |
| antara laluan single trail tepi sungai yang menarik. perlu melepasi titi kayu dengan kemahiran teknikal |
Belum sampai laluan single trail dan CP1 dah ada yang sesat. Sekumpulan rider bertembung semula sebelum single trail, mungkin tersalah baca tanda arah yang menunjuk ke kiri tapi mereka masuk ke kanan. Memang kurang krew di dalam trail tetapi tanda arah dikira mencukupi dan mudah dilihat.
 |
rider SKMTB yang dapat dikesan. 1 di depan 1 lagi di belakang
|
 |
| WS yang pertama |
Keseluruhan laluan tidak terlalu sukar walaupun banyak melalui kawasan berlumpur. Namun semuanya boleh dikayuh. Hasilnya basikal dan tuannya macam dipalit sos..... lebih teruk dari berkicap.
 |
| melintasi garisan penamat dengan senyuman |
 |
| cuci dulu dgn bayaran RM5. Ok la dgn kesungguhan mereka |
 |
| macam ada peningkatan |
PRESTASI KESELURUHAN RIDER GCCT
1. ARBALAC LAI : CATEGORY RANKING = ????
OVERALL RANKING = 118
TIMING = 2:37 HRS
2. TORIQ : CATEGORY RANKING = 18
OVERALL RANKING = 40
TIMING = 1:50 HRS