Dunia basikal (mtb) ni luas rupanya, semakin jauh terlibat, makin banyak yang dipelajari. Keterujaan dan keseronokan mengatasi segalanya. Berkongsi pengalaman dengan rider2 otai dan beginner setiap kali berjumpa dalam Jamboree yang disertai. Bersama2 berkayuh tanpa merasa perbezaan darjat dan ego. Bukit sama didaki, lurah sama dituruni.....tergolek terguling pun sama merasa. Lumpur, lecak tak payah nak kiralah.
Semua ini mengatasi segalanya. Tak dinafikan untuk memenuhi minat bermtb ni memerlukan banyak kos dan masa. Harga basikal satu hal, kos untuk maintain pun bukan sikit. Jika nak menyertai mana2 event jamboree pun nak kena bayar. Tak masuk duit minyak dan makan lagi. Masa yang diperuntukan pun perlu diambil kira. Dalam soal ini perlu juga difikir mana yang lebih utama dan perlu diutamakan dahulu. Oleh itu dalam soal berbelanja, aku amat berkira. Terpaksa ukur baju di badan sendiri. Biarlah dengan basikal lama yang selalu rosak, selagi boleh jalan akan aku kerah segala kudratnya. Mungkin pada orang lain dah wajib tukar, tapi dek kurang kemampuan sabar je lah dulu biarpun terliur menengok basikal orang lain yang canggih manggih. Kerana padaku ada keperluan lain yang lebih wajib untuk ditunaikan. Jangan sampai yang wajib diabaikan hanya kerana mengejar keseronokan peribadi. Nanti susah nak menjawab. (pandangan peribadi...hehehe)Event jamboree pun nak kena hadkan juga......target tu sebulan sekali cukuplah...paling kuat pun 2 kali. Ada masa free....kayuh je kawasan berdekatan. Jadi masa bersama keluarga tidaklah terkorban banyak. Kalau tak da masa jenguk blog/fb team2 lain pun jadi la.
Hasil dari semua ni.....team aku pun mengorak selangkah lagi......walaupun hanya 3 ahli.....seorang dan tersungkur tak bangun2..... namun patah tumbuh hilang berganti.....ahli baru telah masuk.....khairil ....merangkap penaja rasmi jersi kitorang. Asyik nampak orang lain bergaya dengan jersi team masing2, nak juga merasa. Malas nak masuk team sedia ada.....takut kena racun macam2. Lagipun banyak komitmen pula nanti. Akhirnya terlahirlah Team Gerek Cikai.....hehehe...cikai dari berbagai segi......tak pa...janji kayuh mantap. Mendapat tajaan jersi dari Titornado Photography (terima kasih atas sponsor)...mula beraksi dengan jersi baru ketika menyertai Jamboree Ride Houz, Sepang dan Ride It Eco Setia.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan