Ahad, 26 Oktober 2014

MINGGU KAYUHAN (BATU ARANG HARITAGE MTB FUNRIDE)

              
                     Minggu yang penuh dengan kayuhan, 24-26/10 empat kali kayuhan. Bagi meraikan ahli baru Gerek Cikai dengan basikal barunya. Mendapat visa penuh dan sokongan tidak berbelah bagi dari isteri tercinta. Lepas beli je petang tu, terus ikut kayuh. Permulaan bawa laluan mudah dulu, teroka laluan ladang kelapa sawit belakang Tasik Biru. Dapat 15km dulu jadila.
                     Esok paginya sekali lagi kayuhan selamat datang diteruskan. Memilih laluan ladang Brightstone yang lebih sukar. mencapai jarak 25KM pergi balik sudah memadai. Nampak gaya, ahli baru ni boleh ikut rentak. Walau masih lambat janji ada tenaga, performance boleh dipertingkatkan. Mungkin sekarang kita tunggu dia.....lama-lama nanti dia pula tunggu kita.



                    Malangnya kayuhan kali ini menyebabkan seatpost ku patah. Alamak esok nak kayuh di Batu Arang. Macam mana ni. Tetiba pula member baru offer try basikal yang baru dibelinya.... serba salah pula mulanya.....kang terosak ke apa ke....tapi tengok dari kesungguhan dan keikhlasannya.....terima jugalah. Boleh merasa kelainan tayar 27.5 dengan handle lebar. Memang ada kelainan. Sedap beb nak panjat bukit.

Batu Arang Heritage MTB Funride

            Dianjurkan oleh KSCC dan kelab berbasikal Kota Puteri. Mendapat sponsor dari pelbagai pihak antaranya Pusat Zakat Selangor dan kerjasama dari JKKK Batu Arang, MPS termasuk Imam Masjid Batu Arang. Dengan bayaran pendaftaran minimum RM 20 dan berstatus funride, acara berbasikal kali ini tidak menghampakan. Pengajuran terbaik, tak setimpal dengan bayaran. Siap ada tazkirah lagi. Flagoff oleh Exco Negeri Selangor yang baru iaitu YB Hj. Zaidi, majlis penutup pula dimeriahkan oleh Ahli Parlimen Selayang YB William. Inilah event jamboree yang diimpikan oleh rider. InsyaAllah April tahun depan penganjur akan mengadakan full jamboree. Save tarikh siap2.

banyak juga kandungan goodies
berjaya juga dia sampai, tahniah ahli cikai.....


first time dapat lucky draw......ini tanda permulaan kot
semua bukit boleh dilayan.......tambahan pula dengan basikal baru.......hehehe

kesian .......mengharapkan tuah......masih tak menjelma........

Rabu, 22 Oktober 2014

MISI TAK KESAMPAIAN (KUANG-ULU KUANG)

22/10/2014 (Rabu)
PAID Kuang - Ulu Kuang

         Bermula awal pagi yang berkabus dan sejuk, gabungan Team Gerek Cikai dan rakan rider dari Subang bestari bertolak keluar dari PAID Kuang. Mengambil laluan ladang kelapa sawit dan menyeberangi Lebuhraya Guthrie melalui terowong menuju ke Tasik Biru, Kundang. Tujuan dipilih laluan ini sebagai pemanas badan sebelum memanjat Bukit Tandun.
baru melepasi ladang kelapa sawit dan keluar di Tasik Biru, Kundang.
       Kayuhan seterusnya melalui Kg Setia dan terus mendaki Bukit Tandun. Status kayuhan kali ini memang santai. Banyak berhenti rehat dan memberi peluang pada rider yang baru berjinak dengan dunia MTB.
menara pemancar di puncak Bukit Tandun diselubungi kabus tebal, kelihatan bagaikan di awangan.....

              Keseronokan kayuhan baru terasa bila memanjat Bukit Tandun dan melalui trail ke bawah.....semangat dan keterujaan semakin membuak......namun malang tidak diduga......laluan yang licin disebabkan hujan lebat sebelumnya menjadi halangan kali ini......banyak aksi jatuhan berlaku.....tersungkur, tergolek, terguling, terlentang menghiasi kayuhan. Setakat dapat calit sarjan tak da hal lagi......tapi seorang rakan rider mengalami kecederaan dalaman yang agak teruk di bahagian belakang bahu menyebabkan menganggu dan membataskan keupayaan untuk berkayuh offroad.
             Adat kayuh beramai.....tiada yang akan ditinggalkan, majoriti bersetuju untuk berpatah balik dan menamatkan kayuhan walaupun belum sampai separuh perjalanan. Tak pa....lain kali boleh repeat balik. Lepas singgah minum, kami berdua kembali semula ke Tasik Biru untuk membasuh basikal dan berenang. Jadila 17km + 5km......balik awal sikit hari ni. InsyaAllah Kayuhan Air Terjun Ulu Kuang2 akan menyusul......

Isnin, 20 Oktober 2014

TAK CUKUP PJ FUN RIDE.......PEKENA KDCF 2 ROUND JADILA...

 Lama tak buat kayuhan team......sejak Raya Haji. 19/10/14 dapat la pi berdua, sorang kursus sorang lagi janji manis tak ditepati.
       Lepas subuh 6.30 pagi bertolak ke Stadium Kelana Jaya sebab dalam jadual flag off jam 7.30 pagi. Masa sampai nampak ramai orang berbaris untuk pendaftaran dan mengambil goodies. Kitorang tak daftar pun jadi ambik breakfast je la dengan mug. Tunggu punya tunggu lepas 8.30 pagi baru peserta dilepaskan. Penyertaan boleh kira ramai la juga dengan berbagai jenis basikal.
   Jarak kayuhan 25 KM melalui bukit Gasing, Hospital Assunta lain tempat tak ingat. Sewaktu kayuhan, jalan dah mula sesak dengan kenderaan. Kawalan trafik agak kurang jadi kena lebih berhati-hati. Jarak di antara peserta hadapan dan belakang agak jauh. Boleh diperbaiki akan datang.
      Habis je kayuh, kitorang terus balik. Kaki rasa macam tak puas lagi......jadi singgah dulu kat KDCF.
Pertama kali sampai, nampak tak ramai orang hari ni. Trail agak basah kerana hujan. Jarak trail tak jauh sangat tapi cukup mengerah kudrat dengan pendakian dan teknikalnya. Sebab tak ramai orang, kami buat turnback. Kalau ramai bahaya ni....itupun hampir bertembung dgn sorang rider. lain kali boleh mai lagi....kayuh dari Kuang je....tak jauh sangat.






Rabu, 1 Oktober 2014

LOST WORLD OF MIMALAND MINI JAMBOREE 2014

Lost World Of Mimaland Mini Jamboree 2014
25km+-
8.30 pg - 12.00 tgh
28.09.14 l Ahad
Mutiara Gombak
Anjuran oleh ACCG

  
roti dah habis makan
   Terlebih dahulu tahniah buat penganjur, Alternatif Cycling Club Gombak (ACCG) yang dinaungi oleh Pemuda PAS Gombak di atas kejayaan penganjuran mini jamboree. Terbaek dari segala segi biarpun dengan yuran pendaftran cuma RM 30.00. Berbaloi- baloilah orang kata. Kandungan goodies yang menarik, water station yang tak berkurang apalagi kehabisan bekalan, marsyal dan urusetia mesra dan prihatin, atur cara yang tersusun, taklimat permulaan yang  memberi gambaran jelas bagi yang tak biasa dengan keadaan trek, laluan yang berbagai/menarik dan sesuai untuk pelbagai peringkat, ucapan ringkas dan bermanafaat. Ini semua hasil kerjasama baik penganjur dan semua yang terlibat. Tidak lupa kepada para rider yang sporting dan mesra alam. Rugi sapa tak pi. Dari team Gerek Cikai, seperti biasa memenangi kategori penyertaan paling sikit, 3 orang je.....tak da pula hadiah. Tak pa janji jayuh mantap dan sampai. Hari-hari mau Ride......bukan tiru haa....



 
        Acara dimulakan dengan sedikit ucapan oleh tetamu jemputan sebelum dilepaskan dengan bacaaan doa oleh Ust Syarhan Humaizie. Antara kandungan ucapan ringkas dari Al Fadhil Ustaz Khalil Bin Hj. Abdul Hadi Timbalan Pemuda PAS Pusat ialah jalan untuk membuat pahala adalah banyak. Termasuk melalui aktiviti berbasikal dengan syarat mengikut syariat Islam dan niat yang betul seperti untuk menyihatkan badan agar dapat memperbanyakkan ibadat. Tidak lupa juga beliau mengingatkan peserta untuk memulakan setiap pekerjaan seperti berbasikal dengan membaca Bismilllah mudah-mudahan diberkati Allah. Ucapan diakhiri dengan melaungkan takbir "ALLAHU AKBAR". Macam dengar ceramah PAS pula aih.....hehehe....


      Biarlah gambar yang berbicara........
membuat u turn di hadapan masjid As Syarif, Simpang Tiga Gombak

pendakian pertama, ramai juga yang mula menolak.
Alhamdullillah rancanganku kali ni untuk kurangkan menolak agak menjadi. Biarpun sampai lambat sebab banyak berhenti rehat, tapi 95% trek dilalui di atas basikal, bukan di tepinya basikal atau basikal di atas.

apa pula slow, downhill la nak laju....
berhenti rehat dulu.....berkenalan dengan rider-rider lain...

water station pertama....banyak lagi air tu haaa....orang belakang tak payah risau la...kalau tak cukup juga, belakang tu ada kolam, boleh terjun terus
budak2 minta bergambar, mcm pro rider pula.....sokongan tidak berbelah bagi dari penduduk tempatan.....cewah
bro yang sporting.....sedia membantu peserta bermasalah.
peserta melepasi tinggalan mimaland......tumpang lalu ye
sedap menurun bukit sebelum sampai sini.......banyak pisang tak habis makan......sampai terlupa tertinggal sebiji kat baju jersi sekali masuk dalam mesin basuh da...
melalui terowong air bawah highway Gombak
laju la lagi......biar memercik air tu......jauh dah dia tinggalkan kawan .....
antara laluan sektor 2......laluan banyak dah teruk dikerjakan.....terutama menurun bukit. 3X tergolek......strategi tak nak menolak punya pasal

kuat juga bro ni....
baik punya tergolek kat sini.....bro alex dok tunggu kat bawah......"jangan risau....u punya jatuh saya sudah rakam ini video"......rupanya dia lagi teruk jatuh kat tempat lain....berbalut penuh darah dua belah kaki....
crew2 yang setia menanti........air banyak lagi la bang....tak habis minum lagi....


mana woi....tunggula...lambat lagi ni.....

beriringan menuju penamat........
ini part paling best......siap dengan tuan basikal sekali mandi.....terbaeekkk.....terima kasih abang bomba....

        Alhamdulillah semuanya selamat dan berpuas hati......biarpun tak dapat cabutan bertuah, janji dapat cederakaki pun jadi la.....Syabas ACCG. Mungkin boleh jadi penganjur di tempat lain pula sekitar Gombak. Kat Tasik Biru ke......hehehe....