22/10/2014 (Rabu)
PAID Kuang - Ulu Kuang
![]() |
| baru melepasi ladang kelapa sawit dan keluar di Tasik Biru, Kundang. |
![]() |
| menara pemancar di puncak Bukit Tandun diselubungi kabus tebal, kelihatan bagaikan di awangan..... |
Keseronokan kayuhan baru terasa bila memanjat Bukit Tandun dan melalui trail ke bawah.....semangat dan keterujaan semakin membuak......namun malang tidak diduga......laluan yang licin disebabkan hujan lebat sebelumnya menjadi halangan kali ini......banyak aksi jatuhan berlaku.....tersungkur, tergolek, terguling, terlentang menghiasi kayuhan. Setakat dapat calit sarjan tak da hal lagi......tapi seorang rakan rider mengalami kecederaan dalaman yang agak teruk di bahagian belakang bahu menyebabkan menganggu dan membataskan keupayaan untuk berkayuh offroad.
Adat kayuh beramai.....tiada yang akan ditinggalkan, majoriti bersetuju untuk berpatah balik dan menamatkan kayuhan walaupun belum sampai separuh perjalanan. Tak pa....lain kali boleh repeat balik. Lepas singgah minum, kami berdua kembali semula ke Tasik Biru untuk membasuh basikal dan berenang. Jadila 17km + 5km......balik awal sikit hari ni. InsyaAllah Kayuhan Air Terjun Ulu Kuang2 akan menyusul......




Tiada ulasan:
Catat Ulasan