Isnin, 5 Januari 2015

PEMBUKA TIRAI (KAYUHAN SANTAI KUANG 2015)

Lama aih tak mengarang......malas rasanya. Sempena Tahun Baru 2015 ni boleh kot try menaip balik. Perkembangan Team Gerek Cikai pun dah nampak semakin maju.....ahli pun bertambah. Tak sangka pula sekadar suka2 berbasikal, kenalan pun bertambah. Maju sukan untuk negara.
        Awal tahun 2015 ni kita mulakan dengan kayuhan penuh kesantaian dan kedamaian dengan menyertai Kayuhan Santai Kuang 2015 anjuran Pusat Khidmat Rakyat Dun Kuang dengan kerjasama KSCC, Kota Puteri Cycling Club. Menyusuri laluan sekitar Kg Setia, Kg Gombak, Kg Sg Serai, Tasik Puteri dan Kundang. Mengimbau kembali mula2 berbasikal dulu, inilah sebahagian besar laluannya. Terasa lagi kepenatan kayuhan masa tu.
        Dari Team Gerek Cikai 8 orang ahli ikut serta. 2 tarik diri dan digantikan dengan rider muda. Satu permulaan yang baik bagi menarik minat rider yg baru berjinak.
 
sebahagian berkumpul di PAID Gombak
ditapak permulaan, PAdang Awam Kg Setia

bersama geng Subang Bestari


Antara rider gerek cikai di laluan CP1


bergaya melepasi selekoh maut


CP1 di Kg Sg Serai

ada siapa berhenti main golf kat sini

serius je kawan ni

aihhh....senyum pula kena usik


sebahagian rider cilik gerek cikai

seronok bang dah sampai

penat beratur ambik medal

ini orang blok C ni YB.......sapa tak kenai

dapat la juga lucky draw hasil sabar menanti


     Satu perjalanan yang penuh keceriaan hasil penganjuran terbaik membuahkan kegembiraan untuk dikongsi bersama tanpa merasai kepenatan  yang bersangatan.....apa cerita?   Janji happy.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan