Ahad, 21 September 2014

MERINTIS JALAN KELUAR - BUKIT TANDUN

Bukit Tandun, Kuang, menyimpan trail mengiurkan di sebaliknya. Di sini juga terletaknya 5 menara pemancar dengan menara TM di puncak tertinggi.



Permulaan pendakian. Kebiasaannya di sinilah laluan masuk dan keluarnya. Hasil tinjauan beberapa hari lepas, menerusi maklumat pengawal keselamatan Menara TM, terdapat laluan hutan menuju ke kebun buah-buahan sebelum tembus ke kebun kelapa sawit. Tetapi laluan tersebut perlu di bersihkan kerana terdapat banyak halangan. Jaraknya mungkin dalam 200 meter.
 kayuhan kali ini berbekalkan parang

Jumaat, 19 September 2014

KAYUHAN TERSASAR DI HARI MALAYSIA

      Akibat hujan di awal pagi, laluan kayuhan telah ditukar. Rancangan awal meneroka lebih jauh estet kelapa sawit belakang rumah mencari laluan sehingga ladang Tuan Mee dan penjara Sungai Buloh. Membayangkan trek yang berlumpur dan menyukarkan kayuhan, kami bertiga bersetuju menguji trek FRIM, Kepong.
      Perjalanan lebih kurang 10km melalui Kg Melayu Sg Buloh sebelum melintasi Hospital Sg Buloh dan Hospital Kusta membawa ke Kg. Bukit Lagong, iaitu permulaan offroad pintu masuk ke hutan Simpanan FRIM. Sedikit pendakian sebelum sampai ke permulaan trek Android Hill.
Laluan ke FRIM melalui Kg Bukit Lagong. Larangan yang tidak dihiraukan.
       
Berehat sebentar sebelum mendaki android hill

         Ketika sampai, belum ramai lagi rider. Ambil nafas dulu sebelum mencabar android hill. Ini kali ketiga bagiku, harap2 boleh lepas la kali ni.
sayangnya aku gagal lagi kali ni.......prestasi dan kondisi badan tidak memuaskan.....ceh
          Bertemu beberapa kumpulan rider yang semakin ramai memenuhkan trek, bercampur dengan pelari dan pejalan kaki. Seperti dijangka FRIM akan dipenuhi dengan ahli riadah di hari cuti. Ada antara rider yang dikenali dan pernah berkayuh bersama di lokasi berlainan sebelum ini. Inilah dunia rider.
          Kami bertiga meneruskan kayuhan sekeliling trek FRIM. Puncak tertinggi FRIM Pinus Peak Bukit Hari turut didaki. Tak kira la berapa kali berhenti janji sampai.


    
           Puas berkayuh berhenti makan dulu. Jarak kayuhan baru 23 km.


        Dah kenyang makan, semangat nak kayuh dah kurang sikit. Jadi kitorang setuju balik ikut jalan mudah, elakkan banyak pendakian. Nafarul sebagai penunjuk arah membawa ke arah paling mudah katanya. Melalui puncak Bidara. Yang herannya, jalan dilalui semakin meninggi. Tah apa yang terjadi, tiba2 kitorang terkeluar kat Taman Bukit Idaman, melalui laluan tangki air belakang taman.....berapa jauh da dari jalan pulang. Terpaksa pula masuk balik FRIM dari arah gate kuarters kakitangan FRIM. Mangkuk punya guide......
       


             Masa keluar dari FRIM bertembung dengan Team ACCG......atas dorongannya singgah dulu makan laksa sebelum balik.

         Puas berkayuh kali ni......1 tgh baru sampai rumah. Jarak kayuhan hampir 50km.
http://www.strava.com/activities/195146275?fb_action_ids=833223403376809&fb_action_types=fitness.bikes&fb_source=other_multiline&action_object_map=[762566470470235]&action_type_map=[%22fitness.bikes%22]&action_ref_map=[]

Khamis, 11 September 2014

AHLI BARU YANG LEBIH CIKAI

     Lama juga bara api di kipas2..... Akhirnya terbakar juga. Kayuhan malam 3/9/14 bermula segalanya. Penantian lebih hampir sejam terjawab jua. Jadi ke tak jadi. Muncul juga dia. Apa punya lama isi minyak. Datang pula macam nak pi konsert rock. Dah la basikal pinjam, helmet pinjam, kasut pinjam.....serba serbi pinjam.......memang terlebih cikai la ini orang.
perabih cikai
      Tak pa...kita uji dulu dia....cakap besar. Tgk kaki dulu.....boleh ka tak boleh kayuh. malam ni kita bagi dia pusing2 kuang dulu. Pekena dua tiga bukit....masuk lumpur sikit. Layan bukit Tandun separuh puncak, tgk tercungap ka dah. Cukupkan 20km. Ok pass.
      Suka pula dia. Ada hati lagi mau ikut. Tak pa, bawa pi fun ride dulu. Pusing2 key el. Bukan main eksyen dia berposing. Nasib baik aku tak ikut. Ko tunggu.....ikut jamboree dulu baru boleh lulus.
     Selamat datang ke Team Gerek Cikai......cepat sikit beli basikal......



          #Bagai api dalam sekam. Sapa pula lepas ni.....???

Rabu, 10 September 2014

KAYUHAN BERSAMA MINGGU KEMERDEKAAN

          
bergambar beramai di puncak Taman Bukit Permata, Gombak
Minggu terakhir bulan Ogos, ahli team Gerek Cikai join team mtb sekitar gombak untuk merasai kemeriahan dan keseronokan melayan laluan yang dibawa disamping berkenalan dengan rider2 lain.    Pada 27.08.14 kami berkayuh bersama team ACCG untuk kayuhan malam. Berkumpul di Restoran RRR Taman Selaseh, nampaknya kami bertiga sampai awal. Tiada sesiapa lagi ketika itu. Bermula jam 10.00 malam, dipandu oleh rider ACCG kayuhan dimulakan. Jumlah rider masa itu dalam belasan orang. Perjalanan melalui batu Caves, Taman Bolton, tembus ke Sri Gombak dan mendaki sehingga Sg tua. Kemudian berpatah balik sebelum mendaki ke puncak Taman Bukit Permata. Menikmati pemandangan indah di waktu malam. Kelihatan KLCC di kejauhan.

      Perjalanan pulang lebih mudah kerana banyak laluan menurun menjadikan perjalan lebih pantas. Satu kayuhan yang santai tetapi berbukit. Biarpun tidak berapa jauh hampir 20km, cukup melelahkan dengan laluan berbukit.


    Sempena cuti Hari Kemerdekaan, team Gerek Cikai kali ni hanya berdua join team ARB untuk merasai trek Tasik puteri - Batu Arang. Kebanyakkan laluan yang dibawa adalah laluan Green Ride 2014. Melayan Dragon Back yang gagal dilepasi dahulu. Rider2 Otai banyak memberi tip2 dan bimbingan. Satu kayuhan yang mencabar tetapi menjadi mudah kerana banyak perhentian. Nasib baik banyak rehat ambil nafas, kalu tidak mau tak terikut.


Bukit Rumput, kawasan ragut lembu ternakan. banyak lembu kat sini

permulaan offroad
pendakian dragon back

http://www.mapmyride.com/workout/712441907