Jumaat, 19 September 2014

KAYUHAN TERSASAR DI HARI MALAYSIA

      Akibat hujan di awal pagi, laluan kayuhan telah ditukar. Rancangan awal meneroka lebih jauh estet kelapa sawit belakang rumah mencari laluan sehingga ladang Tuan Mee dan penjara Sungai Buloh. Membayangkan trek yang berlumpur dan menyukarkan kayuhan, kami bertiga bersetuju menguji trek FRIM, Kepong.
      Perjalanan lebih kurang 10km melalui Kg Melayu Sg Buloh sebelum melintasi Hospital Sg Buloh dan Hospital Kusta membawa ke Kg. Bukit Lagong, iaitu permulaan offroad pintu masuk ke hutan Simpanan FRIM. Sedikit pendakian sebelum sampai ke permulaan trek Android Hill.
Laluan ke FRIM melalui Kg Bukit Lagong. Larangan yang tidak dihiraukan.
       
Berehat sebentar sebelum mendaki android hill

         Ketika sampai, belum ramai lagi rider. Ambil nafas dulu sebelum mencabar android hill. Ini kali ketiga bagiku, harap2 boleh lepas la kali ni.
sayangnya aku gagal lagi kali ni.......prestasi dan kondisi badan tidak memuaskan.....ceh
          Bertemu beberapa kumpulan rider yang semakin ramai memenuhkan trek, bercampur dengan pelari dan pejalan kaki. Seperti dijangka FRIM akan dipenuhi dengan ahli riadah di hari cuti. Ada antara rider yang dikenali dan pernah berkayuh bersama di lokasi berlainan sebelum ini. Inilah dunia rider.
          Kami bertiga meneruskan kayuhan sekeliling trek FRIM. Puncak tertinggi FRIM Pinus Peak Bukit Hari turut didaki. Tak kira la berapa kali berhenti janji sampai.


    
           Puas berkayuh berhenti makan dulu. Jarak kayuhan baru 23 km.


        Dah kenyang makan, semangat nak kayuh dah kurang sikit. Jadi kitorang setuju balik ikut jalan mudah, elakkan banyak pendakian. Nafarul sebagai penunjuk arah membawa ke arah paling mudah katanya. Melalui puncak Bidara. Yang herannya, jalan dilalui semakin meninggi. Tah apa yang terjadi, tiba2 kitorang terkeluar kat Taman Bukit Idaman, melalui laluan tangki air belakang taman.....berapa jauh da dari jalan pulang. Terpaksa pula masuk balik FRIM dari arah gate kuarters kakitangan FRIM. Mangkuk punya guide......
       


             Masa keluar dari FRIM bertembung dengan Team ACCG......atas dorongannya singgah dulu makan laksa sebelum balik.

         Puas berkayuh kali ni......1 tgh baru sampai rumah. Jarak kayuhan hampir 50km.
http://www.strava.com/activities/195146275?fb_action_ids=833223403376809&fb_action_types=fitness.bikes&fb_source=other_multiline&action_object_map=[762566470470235]&action_type_map=[%22fitness.bikes%22]&action_ref_map=[]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan