 |
| Bukit Tandun, Kuang, menyimpan trail mengiurkan di sebaliknya. Di sini juga terletaknya 5 menara pemancar dengan menara TM di puncak tertinggi. |
 |
| Permulaan pendakian. Kebiasaannya di sinilah laluan masuk dan keluarnya. Hasil tinjauan beberapa hari lepas, menerusi maklumat pengawal keselamatan Menara TM, terdapat laluan hutan menuju ke kebun buah-buahan sebelum tembus ke kebun kelapa sawit. Tetapi laluan tersebut perlu di bersihkan kerana terdapat banyak halangan. Jaraknya mungkin dalam 200 meter. |
kayuhan kali ini berbekalkan parang
21.09.14 jam 7.45 pagi, rancangan yang diatur dilaksanakan. Mencari jalan keluar bertentangan menjadi objektif utama. Pendakian bertingkat perlu ditempuhi sebelum sampai ke menara tertinggi. Semput juga nafas. Biarpun jarak pendakian agak jauh tetapi darjah kecondongan yang tidak terlalu tinggi membolehkan kayuhan senafas bagi rider yang kuat la.
Berhadapan Menara TM laluan akan diterokai. Ketibaan disambut dengan salakan anjing pengawal. Belum kenal lagi tu. Hari ni pengawal lain bertugas.
Antara laluan pendakian menuju ke puncak
 |
| 3 simpang ke menara berlainan, pilih sebelah kiri untuk ke menara TM |
|
 |
| inilah laluan yang akan dibuka, berhadapan menara TM |
Projek meneroka jalan dimulakan............
 |
| rajin menebas...nak buat kebun ke |
|
|
 |
| halangan terbesar |
Laluan menuju terus ke kebun buah-buahan......
Kesukaran sedikit mencari laluan turun ke kebun kelapa sawit. Tidak menjumpai laluan yang sesuai...semuanya agak curam....
Alhamdulillah....berjaya juga membuka jalan. Laluan seterusnya menjadi mudah kerana melalui jalan estet yang turun naik dan boleh tahan mencabar. Banyak juga layan downhill.
Perjalanan diteruskan dengan trek-trek yang biasa dilalui sebelum ini.....
 |
| lepas ni boleh berkayuh sambil menjala pula......sekali tebar je sangkut 5-6 ekor.....boleh tahan |
Melalui tepian highway LATAR.......
 |
| melalui bawah LATAR |
Perlu menyeberangi sungai untuk ke Kampung Baru Kundang.........
 |
| ini antara laluan paling sesuai untuk menyeberang sungai |
 |
| adakah ia berjaya?? |
Kayuhan kali ini berjaya memetakan trek baru yang lebih memerah keringat penuh nikmat.
 |
| perjalan pulang melalui Tasik Biru.....di sini juga tersimpan trek yang menarik untuk dicuba |
MUNGKIN JAMBOREE DE' TASIK BIRU BAKAL DIREALISASIKAN...INSYA ALLAH.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan